1.
Syarikat yang pertama kali berminat ingin menyertai sebut harga/ tender di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) DIWAJIBKAN untuk mendaftar secara dalam talian (online) bermula 01 Oktober 2025 melalui laman web https://iperolehan.ummc.edu.my bagi mendapatkan akses Sistem iPerolehan PPUM dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00.
2.
Pendaftaran syarikat DIWAJIBKAN untuk memuat naik salinan sijil-sijil berikut (mengikut mana yang berkaitan) yang masih berkuatkuasa tempoh sah laku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Pegawai yang dibenarkan untuk pengesahan dokumen disahkan benar adalah sama ada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/ Pengamal Undang-Undang/ Pesuruhjaya Sumpah/ Wakil Rakyat/ Senator/ Jaksa Pendamai [cop pegawai hendaklah mempunyai tandatangan, nama, jawatan dan jabatan/ alamat di mana pegawai bertugas] di dalam Sistem iPerolehan https://iperolehan.ummc.edu.my seperti berikut:
i. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii. Salinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
a. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
b. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera
iii. Salinan Sijil Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
a. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
b. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
iv. Salinan Sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
a. Salinan Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja
v. Salinan Sijil Pendaftaran Majikan (KWSP)
vi. Salinan Sijil/Surat Pendaftaran Kelulusan Dan Nombor Kod Majikan (PERKESO)
3. Bagi memastikan proses pengurusan pembelian dokumen sebut harga, tender dan lawatan tapak berjalan dengan lancar dan teratur, syarikat dikehendaki mematuhi syarat-syarat berikut:
i. Pembelian dokumen sebut harga/tender perlu dilakukan secara dalam talian (online), termasuk pendaftaran lawatan tapak (sekiranya berkaitan).
ii. QR code akan disediakan di kaunter Pusat Perolehan, Jabatan Kewangan, PPUM. Syarikat dikehendaki mengimbas QR code tersebut untuk pendaftaran lawatan tapak.
iii. Bagi iklan yang melibatkan lawatan tapak, pembelian dokumen akan dibenarkan kepada syarikat yang telah menyertai lawatan tapak sahaja setelah lawatan tapak selesai.
4. Sistem hanya membenarkan pembelian dokumen sebut harga/ tender kepada syarikat yang telah melengkapkan salinan sijil-sijil seperti di perenggan 2 yang masih berkuatkuasa tempoh sah laku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Syarikat juga perlu memastikan sijil-sijil tersebut telah disahkan BENAR pada setiap helaian dokumen sebagaimana yang telah ditetapkan.
5. Kaedah pembayaran bagi pendaftaran syarikat dan pembelian dokumen sebut harga/ tender adalah secara dalam talian (online).
6. Dokumen yang telah dibuat pembelian akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam Sistem iPerolehan PPUM.
7. Dokumen sebut harga/ tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (online) dan penyerahan sampel berkaitan (sekiranya ada) perlu dihantar sebelum atau pada tarikh dan masa yang dinyatakan di dalam iklan.
i. Sila pastikan tempoh sahlaku harga tawaran adalah seperti berikut:
a. 120 hari dari tarikh tutup iklan untuk tender.
b. 90 hari dari tarikh tutup iklan untuk sebut harga.
8. Iklan akan DITUTUP pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Pusat Perolehan. Petender/ Penyebut Harga digalakkan untuk mengemukakan tawaran lebih awal daripada tarikh tutup iklan bagi mengelakkan sebarang masalah luar jangka.
9. Penghantaran dokumen (manual) dan penerimaan sampel (sekiranya ada) hanya boleh diterima di Kaunter Pusat Perolehan SAHAJA dan TIDAK AKAN DITERIMA selepas tarikh dan masa tutup iklan yang telah ditetapkan.
10. PPUM berhak untuk mengadakan perbincangan/ rundingan lanjut/ rundingan harga dengan petender yang disenarai pendek berhubung dengan terma-terma tertentu atau tawaran yang akan disetuju terima sekiranya mempunyai Harga Indikatif di dalam tawaran iklan. Hak PPUM untuk mengadakan rundingan tidak dalam apa-apa cara jua mengikat PPUM menyetujui terima keputusan rundingan.
11. Sekiranya pihak PPUM memerlukan penjelasan lanjut atau maklumat tambahan daripada syarikat semasa proses penilaian tender/ sebut harga dilaksanakan, PPUM akan mengemukakan makluman secara bertulis kepada syarikat setelah kebenaran diperolehi daripada Pengerusi Lembaga Perolehan/ Jawatankuasa Sebut Harga.
12. PPUM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang dibelanjakan oleh syarikat untuk menyertai tawaran tender/ sebut harga di PPUM.
13. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan tender/ sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
14. Waktu perkhidmatan di Pusat Perolehan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat.